Friday, 20 January 2017

Malam

    Jam menunjukkan pukul 12 malam. Yanti tersengguk-sengguk di mejanya menahan ngantuk. Disebabkan kuiz yang akan diadakan esok hari dia terpaksa berjaga. Dia belum selesai menghabiskan pembacaan untuk topik 5 dan 6 subjek Mikroekonomi. Roommatenya, Rose tiada di dalam bilik. Katanya dia pergi ke bilik rakannya untuk menyiapkan assignment. Argghh persetankan Rose, Yanti bukan rapat dengan Rose pun. Yanti merupakan seorang yang susah untuk berkawan dengan orang lain. Dia mengambil tempoh yang lama untuk berkawan rapat dengan seseorang.

   Oleh kerana tidak tahan mengantuk, Yanti mengalah. Nampaknya pertarungan antara katil dan buku, katil adalah yang lebih berkuasa. Kuasa katil tidak dapat ditidakkan oleh pecinta buku seperti Yanti.Yanti terus tidur tanpa membasuh kaki dan menutup lampu bilik. Dia puas kerana dia akhirnya dapat tidur dan berbaring di atas katil yang empuk. Selepas meletakkan kepala di atas bantal dia terus tertidur dan berdengkur. Amboii ngantuk nau Yanti ni.

    Tiba-tiba Yanti terjaga. Dia memang telah berniat untuk bangun. Dia belum habis study lagi topik untuk kuiz. Dia lihat Rose sedang duduk termenung di meja studynya. Dia berasa hairan dengan kelakuan aneh Rose. Rose membiarkan rambutnya yang panjang berserabut tanpa disikat dan diikat. Aneh bukan? Kerana Rose seorang yang sangat kemas menjaga penampilan diri sendiri. Dia akan menyikat rambutnya dan pantang rambutnya dibiarkan lepas tanpa diikat.

   Yanti mencapai telefon bimbitnya yang berkelip-kelip tanda mesej masuk. Dia mengerling jam telefon bimbitnya. Sudah pukul 3 pagi. Dia melihat senarai mesej yang diterimanya. Semuanya dari Celcom (forever alone) dan terselit di situ mesej dari Rose. Dia membuka mesej dari Rose.
 "Yanti, aku tak balik bilik malam ni. Aku tidur bilik Ema."
 'Huh? Rose tak balik bilik, jadi siapa yang duduk di meja study Rose?'.

No comments:

Post a Comment