mektin
Friday, 20 January 2017
Malam
Oleh kerana tidak tahan mengantuk, Yanti mengalah. Nampaknya pertarungan antara katil dan buku, katil adalah yang lebih berkuasa. Kuasa katil tidak dapat ditidakkan oleh pecinta buku seperti Yanti.Yanti terus tidur tanpa membasuh kaki dan menutup lampu bilik. Dia puas kerana dia akhirnya dapat tidur dan berbaring di atas katil yang empuk. Selepas meletakkan kepala di atas bantal dia terus tertidur dan berdengkur. Amboii ngantuk nau Yanti ni.
Tiba-tiba Yanti terjaga. Dia memang telah berniat untuk bangun. Dia belum habis study lagi topik untuk kuiz. Dia lihat Rose sedang duduk termenung di meja studynya. Dia berasa hairan dengan kelakuan aneh Rose. Rose membiarkan rambutnya yang panjang berserabut tanpa disikat dan diikat. Aneh bukan? Kerana Rose seorang yang sangat kemas menjaga penampilan diri sendiri. Dia akan menyikat rambutnya dan pantang rambutnya dibiarkan lepas tanpa diikat.
Yanti mencapai telefon bimbitnya yang berkelip-kelip tanda mesej masuk. Dia mengerling jam telefon bimbitnya. Sudah pukul 3 pagi. Dia melihat senarai mesej yang diterimanya. Semuanya dari Celcom (forever alone) dan terselit di situ mesej dari Rose. Dia membuka mesej dari Rose.
"Yanti, aku tak balik bilik malam ni. Aku tidur bilik Ema."
'Huh? Rose tak balik bilik, jadi siapa yang duduk di meja study Rose?'.
Saturday, 11 July 2015
Korek hidung
Eeeuuww. Korek hidung? Tak de tajuk lain yang senonoh ke? Eeeuuww. LOL. Bajet mulia tak pernah korek hidung.
Tiba-tiba je tadi dapat idea masa main game. Sambil main game tu kan punya sedap aku korek. Sampai ke dalam fuuhhh punya nikmat korek. Tiba-tiba aku terfikir ada ke orang yang pembersih tahap gila-gila tak pernah korek hidung sambil main phone? Ke aku sorang yang tak senonoh?
Kalau ada orang yang pembersih tahap gila-gila tu, dan tak pernah korek hidung sambil main phone, korang korek hidung dekat mana? I mean, korang korek hidung dalam jamban je ke? Mmm tak nikmatnya. Korek hidung lagi nikmat kalau buat luar jamban. Dalam jamban basah, tak best. Nanti tahi hidung cair. Dah jadi macam hingus.
Lagi nikmat kalau korek dalam-dalam. Fuhh dah dapat tahi hidung tu kita 'gelente' kasi dia bulat. Pastu bandingkan tahi hidung lubang kanan ke kiri yang lagi besar. Barulah betul-betul nikmat!
Kehkeh. Untuk yang rasa macam geli-geleman je baca ni haha padan muka! Mesti tak pernah buat lettew. Kesiaaann!
P/S: Ada teka-teki sikit ni, siapa dapat jawab memang hebat!
Benda apa yang bila tak dapat kita gali, bila dah dapat kita buang?
Siapa rasa clueless pasal teka-teki ni ketahuilah bahawa anda seorang yang hopeless. LOL. (Loser je yang tak boleh jawab) :p
Saturday, 23 May 2015
#MudahTerhibur
Mudah betul hidup sebagai seorang yang mudah terhibur ni. Semuanya nampak funny. Even aku nampak komen-komen yang tak membina dekat wechat pun rasa kelakar. Apatah lagi tengok budak-budak twitter gaduh. Lagilah rasa funny. Funny betul dunia ni. Memang dunia sekarang ada usaha-usaha kearah mewujudkan Wawasan Kelakar 2020 ke? Kahkahkah! Tengok! Aku mudah terhibur lagi.
Disebabkan aku forever alone dekat rumah, sunyi sorang-sorang aku cari ler bahan-bahan untuk menghiburkan aku yang alone. Kalau ada yang sama kes dengan aku, alone tu pegilah cari bahan hiburkan diri sendiri. Kalau engko tak mampu nak hiburkan orang lain engko jadi jer sorang yang mudah terhibur. Macam aku. Seorang yg mudah terhibur.
Aku punya tahap mudah terhibur sekarang ni, sampaikan kalau engko kata dunia ni segi empat macam kepala adudu, si penjenayah dlm kartun boboiboy tu pun aku gelak. Kahkah. Kahkah. Kahkah. Kahkah. Kahkah lagi. Kahkah lagi sekali. Dan ya, kahkah lagi. Kahkah sampai jemu aku kahkah. Kahkah lawak betul dunia petak macam kepala adudu. Kahkah. Dahlah aku penat kahkah sorang-sorang.
Lama-lama aku teliti kronik jugak tahap mudah terhibur aku. Kadang-kadang aku terpikir kalau disebabkan aku yg mudah terhibur ni orang berkecik hati, tak ke naya. Mau taknya, sebab benda kecik pun aku boleh ketawa dengan rakusnya, mestilah orang yg terlibat dalam situasi yg membuatkan aku mudah terhibur akan berasa hati dengan aku. Humm tapi nak buat macam mana aku memang mudah terhibur. Susah jugak hidup sebagai orang yang mudah terhibur ni, aku ingatkan takdelah godaan, duri ranjau dalam kehidupan lumrah dunia, sayang-menyayang, ehh? Jamal abdillah.
Hemm. Hambarlah. Kehidupan hambar. Entry yang hambar. Semuanya hambar. Hemm. Tulah aku dah kata aku ni mudah terhibur tapi mana nak reti hiburkan orang ni. Huhuhuhuuhuhuhu sampai keesokan harinya.
Wednesday, 20 May 2015
Kacau
Aku taktau macam mana nak mula, tapi aku memang ada point la nak cerita kat sini.
Cerita ni jadik masa zaman aku sekolah menengah. Aku budak sekolah asrama. Pastu aku ni memang suka gila ponteng prep. Ooh ada yang taktau binatang apa prep tu. Lek lek prep bukan binatang sebenarnya, tapi sejenis kelas yang diluar waktu p&p dan takdek cikgu yang mengajar pun(waktu student self study). Biasanya aku ponteng prep malam, kalau prep petang aku tak ponteng, sebab waktu tu la untuk buat kerja sekolah. Hahaha kaver padahal petang banyak warden ronda dan aku takut kantoi.
Okeh, nak dipendekkan cerita, hari apa entah aku malas memang gila-gila punya malas nak pi prep. Pastu aku pun ajak la member kamceng ponteng prep. Kami dah plan cantik dah, waktu yang terluang tu, nak isi dengan sebaiknya. Ceh.
Kebetulan, member kepada member aku yang kamceng ni dia ada stok cerita melayu dan zaman aku tu, tengah hot cerita setia hujung nyawa. Kami plan nak tonton cerita tu dekat bilik iron floor atas, sebab bilik iron floor atas jarang orang nak guna.
Tepat pukul 7, pengawas gila kuasa jerit dah kat bawah, suruh orang pi solat jemaah maghrib. Pintu gril blok dah ready nak kunci, siapa lewat padan muka, ambik nama pastu entahlah nama tu pengawas simpan buat apa. Tanya pengawas gila kuasa tu apa yang dia buat dengan nama yang dia ambik, jangan tanya aku. Aku tak hingin pun nak tau.
Azan maghrib berkumandang, aku dah ada wudhu' pastu terus solat kat bilik. Tu lah solat aku yang paling tak khusyuk sebab aku solat sorang-sorang. Takdek sorang pun budak bilik aku tau aku ponteng prep itu hari.
Habis solat, aku lari naik floor atas jumpak member aku kat bilik iron. Dia dah ready kat situ pasang laptop seludup, dengan ramai lagi member dia. 'Bagus, ramai pulak kali ni' terdetik dalam hati aku.
Kami semua pun layan la cerita tu, memang seronok punya layan lah. Tengok ramai-ramai kot tu yang rasa sedap semacam cerita tu. Aku tengok jam dah habis waktu prep, kami berhenti kejap, solat isyak.
Lepas solat isyak, sambung balik. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi. Orang lain semua pakat mengantuk dah, tak larat nak sambung. Tapi si member aku ni dia nak layan sampai habis. Aku pun bila fikir balik hari esoknya tu cuti. Boleh tidur esok. Aku pun setuju nak sambung dengan dia. Tinggallah kami berdua ja dalam bilik iron.
Ralit dok tengok cerita, tak sedar dah pukul 4 pagi. Buat bodoh kat jam, sambung je tengok cerita. Aku ingat lagi yang babak hero dia(apa nama entah aku lupa) buat gwiyomi dekat heroin(nelydia senrose heroin, aku ingat. Ingat aku lupa semua ke?) Waktu tu aku dengan member aku gelak tak ingat dunia, sebab hero comel gila. I kennot! Berterabur iman nengok dia.
Tiba-tiba, aku dengar, ada suara yang gelak sekali dengan kami. Ingatkan aku salah dengar, aku biarkan je, aku buat dek je. Aku tengok member aku pun macam rilek je. Macam tak dengar apa-apa. Aku pun buat rilek padahal jantung ni kemain laju. Pastu dengar pulak sekali lagi. Kali ni lagi nyaring, macam mengekek pun ada, macam mengilai pun ada. Seram gila, bulu aku naik terus. Aku tengok member aku, member aku tengok aku. Aku pulak dengan secara tak sengaja pusing belakang, dan aku nampaklah makhluk tu tengah perati kami kat luar tingkap pastu hilang merangkak naik atas. Aku tak tau benda tu dia merangkak pi mana tapi yang pasti aku nampak dia merangkak naik atas pastu aku tak nampak dah. Aku pusing hadap member aku. Sial! Member aku tak tengok benda tu, dia tengah tengok aku. Maknanya dia tak nampak apa aku nampak. Sial! Aku sorang ja yang tengok.
Aku bangun berdiri pastu tarik member aku lari. Rasa macam aku hero pulak member aku keras ja perati aku. Dia terkejut lagi kot. Tapi aku punya terkejut lagilah dahsyat dari dia. Kami lari nak bukak pintu, aku tarik kemain kuat lagi pintu tu tak terbukak. Gedegang gedegang pintu tak terbukak jugak. Entah macam mana entah, member aku buat, boleh jugak kami keluar dari bilik tu. Aku lari memang taktau hala tuju, sebab bilik aku dekat floor bawah. Aku tak tau nak lari kemana. Dengan kain aku macam nak terlondeh(aku pakai kain batik waktu tu). Member aku tarik aku lari pi bilik kawan dia. Aku ikut ja. Tapi rasa macam kelakau gak, kami lari macam tak cukup tanah, aku dengan berkainnya, member aku untung lah dia pakai seluar. Aku lah yang seksanya, dahlah aku ni bukan atlet, kalau bab-bab larian ni memang aku kalah awal, member aku tu pulak atlet rumah sukan. Tapi waktu tu, aku rasa aku dah cukup laju dah, sebab hormon adrenalin aku kot dirembeskan pastu aku boleh bertindak atasi ahh apa pulak masuk sains ni, aku bukan aliran sains pun.
Sampai ja bilik member aku punya member, nasib baik lah bilik tu tak kunci. Kami masuk dengan kelam-kabutnya sampaikan diorang pun terjaga. Aku yang ketakutan ni, menyempit dekat katil member aku punya member. Dia yang tengah tidur tu bangun, sebab rasa kaki aku menggeletar. Dalam kami tengah kecoh-kecoh tu, akak-akak form 6 bilik tu pun terjaga. Tengok ja muka kami yang serabut, pastu ahh entah aku taktau sebenarnya diorang nampak kami macam mana. Diorang tanya, pastu aku cerita sampai part gelak je lah. Part yang aku tengok benda tu aku tak cerita.
Part yang aku tengok benda tu, memang aku tak cerita kat sesapa. Bila aku tanya member aku, sama ada dia nampak tak apa yang aku nampak, dia suruh aku diam. Dia takmau tau pun apa yang aku nampak. Ahh sial! Dahlah aku tengok sorang, aku nak cerita aku nampak apa pun dia takmau nak dengar. Yang pastinya malam tu, aku tidur kat bilik member aku punya member. Tidur bertemankan salakan anjing. Orang kata anjing kan dapat tengok makhluk tu, tapi tak tau lah pulak sahih ke tidak apa yang orang kata.
Ni cerita pengalaman aku kena kacau, korang bila lagi? Seumur hidup sekali pun cukup lah beb. Asalkan ada pengalaman, sebab pengalaman kan mendewasakan kita. Kahkah!
P/s: sorry member tulis pasal cerita ni tak mintak permission dulu, aku bukan apa, tak tahan dah nak cerita. Tak larat tanggung sorang-sorang. Terlepas gak beban dekat dada aku ni.